Sunday 28 June 2015

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris

KPM telah mengedarkan bahan digital MBMMBI sejak tahun 2013 ke semua sekolah di Malaysia.
Berikut antara koleksi yang masih ada dalam simpanan GPM SK Nibong untuk kegunaan guru dan murid semasa P&p.

Tuesday 16 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.Marilah kita sama-sama membanyakkan ibadah kepada Allah SWT dengan merebut keberkatan bulan yang dinanti-nantikan ini.Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa tahun ini.
Wassalam....

Wednesday 27 May 2015

Cuti Sekolah Datang Lagi

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi penggal pertama bagi negeri Terengganu,Kelantan,Kedah dan Johor.Semoga masa cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti yang berfaedah dan buku jangan dilupakan.Buat anak didik yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tak lama lagi lipatgandakan usaha anda untuk cemerlang dalam UPSR 2015! Selamat bercuti!!!!!!!!!!!!!!!




Tuesday 26 May 2015

Bengkel Pembinaan Blog untuk GPM

Bertempat di bilik seminar SMK Kuala Telemong, semua GPM dibawah PKG Tengkawang berkampung untuk mengikuti Bengkel Pembinaan Blog untuk PSS selama dua hari iaitu dari 26 hingga 27 Mei. Bengkel ini dianjurkan oleh PKG Tengkawang dan disampaikan oleh Cikgu Waina dari SMK Kuala Telemong.Semoga segala ilmu yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua GPM PKG Tengkawang.

Monday 25 May 2015

Saya Sayang Guru Saya Terima Kasih Cikgu!


Lagu keramat Hari Guru

Inilah lagu yang meniti bibir para pendidik setiap kali detik 16 Mei setiap tahun diraikan...
Bait-bait lagu ini merupakan ikrar warga pendidik demi kelangsungan anak bangsa.

"Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"

Mulanya di sini.......

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari pertama blog PSS SK.Nibong beroperasi dalam dunia maya ini.
Diharapkan blog ini boleh memberi manfaat dan serba sedikit info tentang PSS.